Thursday, February 16, 2012


Bismillahirahmanirahim…

Dengan penuh kerendahan aku menulis hakikat dan kenyataan yang terbuku di hati… kesedihan yang tak terkata untuk melepaskan segala kesukaran dan ketidakmampuan mencari kebolehan diri…segalanya dirasakan payah kerana mudah berasa pedih apabila di tekan dek masa, system dan manusia… mampukah aku untuk bertahan…satu ketika pernah sampai terfikir sesuatu yang tidak sepatutnya seorang pelajar atau manusia memikirkan…perasaan yang boleh dikatakan ‘rubbish’ untuk dirasai… tapi itulah hakikatnya…wajarkah aku duduk di kerusi pelajar mendengar manusia hebat mewasiatkan ilmunya… terasa malu untuk menuntut ilmu!!..Allah….tidak tahu mengapa sifat kerendahan yang terlalu ini hadir… dari mana ia datang dan mengapa ia datang hanya Allah yang tahu…

Cukup aku akui, ramai lagi orang diluar sana yang sepenuh keinginannya mahu masuk ke university dan menuntut ilmu setingginya…itu juga pernah menjadi sebahagian matlamat hidup aku sejak kecil…bila dikatakan ‘pernah menjadi’ mungkin tertanya-tanya sekarang ini sudah tidak ke…hmm..saat ini, memang aku diizinkan Allah untuk melangkah masuk ke universiti. Tapi kepayahan dirasakan lebih menekan daripada keseronokan berada di 'garden of knowledge'...hmm, mungkin ini adalah sangkaan permulaan berada di sini, mungkin esok lusa atau tahun mendatang segalanya akan berubah menjadi yang lebih baik...ya, semuanya mungkin...sebab manusia hanya merancang, dan Allah juga merancang, tapi perancangan Allah yang sebaik2nya... 

[mode : letih menahan rasa..tapi tak letih untuk menahan diri dari lemah]

No comments:

Post a Comment