Monday, September 24, 2012

di manakah 'dia' pergi?


Semangat yang menjauh.
"hajar, bagaimana nak dapatkan semangat kembali?" saya menaikkan kening tanda inginkan sebab ...
"Entahlah, tak rasa ada semangat tu. Tak semangat nak buat semua benda. Tak tahulah kenapa."

saya bukanlah penasihat yang baik atau terbaik, masih bertatih ke arah itu. Cuma mungkin andai diberi pilihan, saya boleh atau lebih suka menjadi pendengar yang setia. (=

Cerita itu...

Berada di umur ini,tempat ini, persekitaran ini, banyak mengajar diri tentang erti kehidupan. Allah berikan saya peluang untuk merasai pengalaman yang pelbagai rasa. Ada ketikanya teruji dengan sesuatu yang mendukacitakan, adakalanya dengan yang pahit, dan macam-macam lagi.

Di sini dan ketika ini saya mula belajar erti 'semangat'. ya betul,mmg erti semangat tu sendiri lama dah tertulis dalam kamus dewan, senang nak cari maksudnya,.tapi dari segi praktikalnya dan keberadaannya itu yang kita xtahu mana nak cari...

semangat boleh datang dan pergi, dia pergi kalau kita x mampu nak jaga,.dia hadir kalau kita bersungguh mencari....macam2 keadaan yang boleh menyebabkan kita biarkan semangat pergi...

Bagaimana hilangnya semangat ketika mendapat khabar berita kehilangan insan tersayang di saat tengah exam. Bagaimana jatuhnya semangat tika mendapat keputusan yang hampir buat diri rasa putus asa. Bagaimana terbangnya semangat ketika 'diperlekehkan'.
Bagaimana rasa semangat itu menjauh tika jauh dari keluarga, tetap terasa asing walaupun berada dalam ramai.
Banyak......


Tapi... itu yang memberikan pengalaman. Dari situ sumber semangat-semangat yang hilang dan di situlah jua semangat itu ada. ya, semangat masih ada di situ.....kita yang x nampak.life is about experience

Jika ditanya pada saya bagaimana untuk kembali bersemangat semula, mungkin saya tiada jawapan yang pasti. Sebab, saya tidak berada di situasi yang sama. Saya tidak merasa apa yang anda rasa. Saya hanya akan jawab dari akal, bukannya hati bukannya perasaan yang sama sebagaimana yang anda rasa.

Tapi takkanlah kalau ada yang tanya soalan begitu pada kita, dan kita hanya jawab, "tak tahu la, sebab saya tak alami apa yang kamu alami," kan? 
Sekurangnya, secebis kata-kata untuk naikkan semangat. Maybe? (=

Adakah bila semangat hilang, semangat makin merudum jatuh, tidakkah terfikir untuk naikkannya kembali? "Ok, cakap senanglah, bukan sendiri yang rasa."

Ya, tapi kalau difikirkan, seandainya hanya mengikut perasaan yang lemah itu hanya membawa kita ke jurang, tunggu masa nak jatuh je.

Sebagai contoh, tak mampu nak jawab exam dengan baik untuk kebanyakan subjek dan rasa mesti 'fail'. Dan kalau bawa perasaan yang sama, asyik terfikirkan benda yang sama, tentu akan beri kesan pada subjek seterusnya, kan? kesannya mungkin lagi teruk. 

Jadi, biarkan yang lepas dan bangkit untuk yang seterusnya. Yang lepas biarkan, lepaskan sepenuhnya pada Allah. Sebagai hamba Allah, kita ada usaha, kita ada doa. Dan tawakkal itu kita gantungkan sepenuhnya pada Allah.

Kuatkan semangat dengan apa?
Dengan selalu mengingati Allah. =)

Sebagai makhluk Allah yang punyai pelbagai rasa, pelbagai perasaan hakikatnya kita perlu balik kepadaNya. Back to Him. 
Kadang-kadang, rasa lemah semangat itu datangnya dari syaitan. Bermain-main di fikiran, menghasut fikiran untuk terus bersedih, terus memujuk hati untuk terus menyesali takdir. Itu permainan syaitan. 
jadi, jangan kita dengar cakap syaitan, dia musuh nyata kita...

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Allah menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…
moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani...

::sedang mencari dimana sembunyinya semangat, tertinggal di rumah, tercicir di jalan, atau sedang sembunyi di balik tiang?..kita adalah apa y kita fikir(^,^)::









1 comment:

  1. sebenar nye, u have that spirit actually.. dont worry, klu owg lain bley nmpk kamu pnye semangat tu n kekuatan kamu itu,xkn kmu sendiri xboley rasa? bkn bermaksud semua ade n sempurna, tetapi ada terfikir n muhasabah di ctu dh mamadai.. insyallah

    ReplyDelete