Thursday, January 27, 2011

'kehormatan' HATI

Manusia diberikan seketul daging yang diberi nama HATI..berbanding dengan anggota yang lain,Allah kurniakan tiap-tiap satu adalah berpasang..contohnya tangan, telinga, otak kiri dan kanan, malah, lubang hidung pun Allah bagi dua...pernah atau tidak terlintas difikiran kita tentang kekuatan HATI kita ini yang terpaksa berfungsi sendirian, malah tugasnya amatlah berat dan sangat penting...sekiranya ia kotor, rosak, hancur, gelap, maka kotor, rosak, hancur dan gelaplah keseluruhan diri kita ini..bagaimana mungkin ia mampu menjaga keseluruhannya tanpa bantuan daripada kita yang diberi amanah untuk menjaganya...


Hati yang dulunya kuat mengatakan bahawa 'aku cinta padamu'..tetapi hati sekarang kuat pula mengatakan 'aku benci padamu' (contoh analogi untuk menjelaskan situasi)..mengapa perasaan ini berubah?.sudah menjadi tabiat dan resam manusia yang tidak tetap pendirian..persoalannya mengapa? berbalik pada kekuatan hati tadi..


hati manusia yang sering berubah-ubah, tidak istiqamah dalam membentuk peribadi diri yang terbaik, senang terpengaruh dengan ajakan nafsu dan kejahatan yang mengiurkan adalah kerana diri insan itu bukan seorang yang amanah dalam menjaga 'kehormatan' hati mereka sendiri...


dalam keadaan ini, tidak hairanlah sekiranya mereka tidak menjaga 'kehormatan' diri mereka yang lain..maruah sudah ditinggalkan di jendela, harapan ibu bapa dibuang di dalam tong sampah, ilmu agama diselitkan dalam beg sekolah, amaran Allah tiada beza dengan amaran "BERHENTI" di simpang-simpang jalan raya, azan menjadi jam loceng untuk menandakan waktu makan, dan banyak lagi perkara yang bukan saja tidak mahu memandang dengan serong, malah dibuta dan ditulikan pula mata dan telinganya...bagaimana tidak hati mereka itu tidak rosak!


{mode : sangat sedih melihat remaja tahu perbuatannya salah, tapi tidak pula mahu berubah...(-.-)

No comments:

Post a Comment