Wednesday, January 26, 2011

jangan SOMBONG untuk meminta...

Rasulullah berkata "Ingatlah Allah, maka Dia akan menjagamu. Ingatlah Allah, maka akan mendapati Dia dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah. Jika kamu meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah, seandainya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu suatu keuntungan, maka perkara itu tidak akan kamu peroleh selain daripada apa yang sudah ditetapkan Allah kepadamu. Dan seandainya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah ditetapkan Allah kepadamu"...

Masya-Allah...begitu kasih baginda kepada kita yang sebagai umatnya jarang sekali melaksanakan sunnah baginda..


SubhanaAllah...tiada daya hambaMu ini selain mengharapkan pertolongan dariMu..
tanpaMu Kasih, diri ini tiada daya, hilang punca dan arah..


Alhamdulilah, semalam hadiri satu lagi majlis ilmu yang berkaitan dengan kemunculan Dajjal oleh ustaz Syaari..walaupun amatla singkat dirasakan kerana hanya 1 jam diberi untuk mengupas semua fakta tentang research yang beliau kaji..terpesona dengan cara beliau mengolah dan menyusun analogi tentang kebenaran sejarah yang Allah tunjukkan dalam Al-Quran..Allah telah mengajar dan mendisiplinkan kita dalam melihat sejarah, tapi MALANGnya, setelah sekian lama, selama ini kita di momokkan dengan istilah sejarah yang di'sekolah'kan oleh penjajah yang mengatakan bahawa sejarah ini adalah kisah-kisah manusia lampau..tanpa kita menyedari bahawa Allah mengajar kita tentang subjek sejarah adalah lebih daripada itu..cuba kita lihat,baca,kaji terjemahannya dalam surah Al-Kahfi..sejarah yang terkandung di dalam surah ini adalah fakta!...

{mode : teringin nak jadi anak murid ustaz..(^.^)..
banyak lagi yang masih kabur tentang penipuan terbesar oleh Dajjal...(~.~)

No comments:

Post a Comment