Tuesday, January 25, 2011

kuatkanlah aku....

tak mudah untuk meninggalkan sesuatu apetah lagi seseorang yang kita pernah memberikan perasaan kasih yang Allah sudah kurniakan kepada kita..apa yang menjadi penguat semangat untuk menjadi seorang yang kental hatinya dan kukuh rohaninya, adalah perasaan cinta pada Allah yang SATU...setiap kali kita merasakan kehilangan, percayalah dan bersangka baiklah pada Allah..sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan kita bahawa Allah mahukan cinta kita yang begitu dalam ini untukNya..Allah tidak relakan cinta kita diberikan kepada insan yang turut hina dengan kita..


meskipun bukan kita yang mahukan perpisahan itu berlaku, fikirlah, adakah kita mahu sekiranya kita yang terpisah dengan Allah?.ingatlah, mungkin jika kita hilang sesuatu saat ini, percayalah bahawa Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik kelak. asalkan kita yakin pada Allah kerana Dia Maha Kaya...


kata orang, hidup ini bagai roda,kekadang di atas, kekadang dibawah..kekadang kita kuat, kekadang kita lemah, malah yang lebih membimbangkan, kalau hanya kekadang kita rasai kemanisan iman, tetapi kelaziman kita merasai kebuntuan dan kegelapan...
sebenarnya kita bukanlah berpisah seperti yang disangkakan...berpisah atau tidak, itu bukan kerja kita..ukhuwah yang terjalin atas dasar Islam dan amanah, adalah sentiasa di bawah perlindungan Allah..


tetapi, perhubungan yang disangkakan 'ukhuwah' bagi pasangan yang ajnabi kononya, bukan lah sesuatu yang akan Allah lindungi setiap detik..tidak sama sekali...Allah masih melindungi, kerana Dia memiliki sifat Maha Pelindung, walau hambanya tidak sedar diri akan pentingnya melindungi diri sendiri dan yang utama lindungi hatinya,,tidaklah sepatutnya kita mengharapkan hanya Allah yang akan melindungi, sedangkan kita membiarkan semua sistem pertahanan terbuka tanpa sekeping hijab dari Iman yang Allah berikan sejak roh ditiupkan..


{mode: sedang kuatkan hati tentang takdir perpisahan,semoga Allah kuatkan pendirian ini...sesungguhnya Allah akan berikan kepada tiap hambanya yang berusaha...hambaMu ini sedang berusaha ya Allah..(~.~)..
ASTAGHFIRULLAH....

1 comment:

  1. diri sendiri yg kenal diri sendiri, semaksimum mne diri tu mmpu lakukan, hnye diri sendiri gaklah yg mmpu halang utk tidak terbuka hijab tu..

    ReplyDelete