Thursday, February 3, 2011

JIWA yang sedang takut...

Kehidupan ini tidak selalunya dirasakan manis hingga ke akhir. kadang kala apabila merasakan diri sudah cukup bersedia memberi kebahagiaan dan manfaatkan diri kepada orang lain, seolah-olah kita fikir sudah cukup puas..sedangkan ujian yang disediakan Allah bukanlah hanya kepayahan yang diberikan untuk berkhidmat kepada orang lain, sesungguhnya ujian untuk hamba pilihannya pelbagai bentuk, sesuai dengan tahap tanggungan yang kita mampu pikul.

Apa yang dimaksudkan dengan kepuasan yang mampu membawa kita berasa manis hingga ke akhir ialah keikhlasan. Ikhlas bukan saja apabila memberi, tetapi juga apabila menerima. Menerima ujian dan kesakitan itu dengan ikhlas. Namun, malangnya, sekalian manusia termasuklah saya sendiri mudah alpa bahawa setiap detik kita di dunia ini sebenarnya adalah ujian. Bagaimana kita dapat menerima sesuatu kepayahan itu dengan hati yang terbuka jika kita tidak bersedia sedang kita masih terus hanyut dalam manisnya dunia. Tetapi apabila lebih memilih dunia, tidak pula pelihara dunia ini? Mengapa??

Sebenarnya siapa yang lebih zalim wahai manusia? Apabila berlaku tidak puas hati antara manusia, jalan penyelesaian yang dipersetujui ramai oleh mereka adalah memberontak..ya, PEMBERONTAKAN..
tidak perlu pergi jauh untuk mengulas pemberontakan yang berlaku dalam sesebuah negara, tetapi yang lebih penting lagi utama, ialah pemberontakan jiwa dalam diri manusia itu sendiri.

Apabila kehendak diri yang mahukan kesempurnaan peribadi tidak menemui jalan, jiwa memberontak tatkala berasa payah untuk memilih jalan yang benar. Sedang seseorang itu mencari-cari apa yang dicari, tatkala itulah bantuan syaitan tiba untuk 'menyelamatkan' jiwa yang kosong belum terisi.
Sama-samalah kita koreksi diri, apabila jiwa sedang sakit atau kosong, jangan berlengah untuk mengisi kembali dengan manisnya iman, bukan dengan manisnya duniawi. Usah takut jika memang masih tidak menemui ubat untuk merawat sakitnya kalbu disebabkan peperangan 'pemberontakan' yang diisytiharkan menang oleh syaitan. Sedarlah, Allah tahu apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan. Dan Allah tidak akan biarkan syaitan menang tanpa BERTANDING!

{mode: semoga pagi ini membawa keberkatan dan rahmat dari sisiMU ya Allah..}

No comments:

Post a Comment