Tuesday, February 8, 2011

kerana ISLAM...

kerana agama ini,
aku dapat berfikir seperti manusia yang berilmu,
kerana agama ini,
aku diberi perlindungan dan tempat berteduh daripada penjaga yang namanya Iman,
kerana agama ini,
aku peroleh harta yang didaftarkan sebagai Ikhlas,
kerana agama ini,
aku berpaut pada indahnya fisabililah!,
kerana agama ini,
aku jatuh cinta pada tarbiah dan dakwah,
kerana agama ini,
tiada yang boleh menjentik rasa takut dalam diri selain takutku pada Allah Azzawajalla,
kerana agama ini,
membuahkan cinta yang sangat dalam untuk mendamba redha Allah,
kerana agama ini,
hidup dan matiku mendapat jaminan daripada Rabbul Izzati,
kerana agama ini,
hati meraung dan menjerit untuk berjuang mengembalikan kesucian Islam!,

ANDAI AKU DIBERI PELUANG,
ANDAI AKU DISULUHKAN JALAN,
ANDAI AKU CUKUP KAKI DAN TANGAN UNTUK DIHULUR,
ANDAI AKU PUNYA PERKATAAN UNTUK DIPERJUANGKAN SEBAGAI PROPAGANDA JIHAD,
ANDAI AKU BISA BERBICARA SEIRING DENGAN SAHSIAH ISLAM SEJATI,
ANDAI AKU MAHIR DALAM KONSPIRASI SEBENAR TOPENG PEMIMPIN DUNIA,
ANDAI AKU TAHU..ANDAI SAJA AKU TAHU...
SUDAH TENTU AKU MAHU..YA!, AKU MAHU!


{mode : pilu sekali membayangkan saudara seIslam berjuang sendirian menentang manusia berhati busuk yang di mind-setting kan oleh pemimpinnya bahawa Islam perlu dihapuskan...
Ya Allah, semoga Kau tiupkan ketakutan yang teramat sangat kepada manusia zalim itu, dan tunjukan pada mereka bahawa Islam akan menang..amin ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment