Wednesday, May 18, 2011

mengHARGAI kehidupan....

huahahahahah..dan hahahahahahaaa...ketawa dulu tanda bangga pada diri sendiri...^^..em!,hari ni 'alergik' boring langsung tak wujud..masa saya sungguh pack!..lawyer atau doktor mahupun stalker,belum tentu se'busy' saya..hahaha..(tapi sempat pulak update blog ek..ape ke hae?).ala,betul la busy,update blog pun pukul 3 pagi tau..ini sudah cukup membuktikan betape busynye~..
pagi-pagi bangun, dengan semangat baru,dengan nafas baru yang Allah izinkan saya pinjam sekejap..Alhamdulillah..^^..then,mulalah hari yang bakal,sedang atau telah saya isi dengan aktiviti yang berfaedah pada diri sendiri dan juga orang disekeliling saya tanda saya menghargai kehidupan ini..
Teringat satu statement, kita perlu menyukai banyak benda,baru kita dapat menghargai hidup ini..sangat mendalam disebalik kata-kata ini..jadi,jangan pula biarkan fikiran anda pergi terlalu jauh..^^..maksud kata-kata itu mengingatkan kita supaya tak membenci semua hal..yela,kalau kita tahunye asyik nak membenci saje,mana nak datang positifnya..akal yang waras tidak akan hadir tatkala diri dalam keadaan emosi yang tak terkawal..bahaya kan?.fikiran,tindakan dan hala tuju dibiarkan negatif belaka...haish...
Tapi!,bila cakap tak boleh membenci,tak pula ia maksudkan yang kita boleh menyukai SEMUA benda..sampaikan hal-hal yang dilarang agama malah mendatangkan murka Allah kita buat,yela,kan suka!....eh,jangan salah sangka,bukan itu maksudnye..mari,saya cuba bawa anda berfikir.....
Kita diajar dan disuruh supaya bersifat sederhana dalam semua hal...termasuklah soal suka dan benci ni..kita boleh membenci,tapi hanya bencikan perkara maksiat dan yang mendatangkan keburukan..kita boleh suka,.tapi biarlah suka perkara-perkara yang membawa kebaikan..lagi baik apa yang kita suka tu,Allah turut suka...Allahu Akbar...
Kita WAJIB mencintai apa yang Allah cinta..
kita WAJIB membenci apa yang Allah benci..
meskipun kita terlalu mencintai sesuatu..malang bagi kita jika kita terus mencintai,sedang ia sangat dibenci Allah...Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment