Saturday, June 4, 2011

ketenangan adalah SYURGA di dunia...

Apabila hidup mula mencari sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan..segalanya dirasakan mahukan yang terbaik,mahukan yang menepati citarasa..sedangkan hakikatnya kemahuan itu sebenarnya didasari keegoan yang tinggi...kita berhak mencari kebahagiaan..tapi sedar atau tidak bahawa kebahagiaan itu adalah ketenangan,dan ketenangan itu adalah syurga didunia..jelas sekali bukan mudah untuk kita kecapi kebahagiaan jika seluruh hati nurani kita,akal,jasad kita ini gelap gelita,mati dan seumpamanya...


Jangan ditanya mengapa tidak menemui apa yang diinginkan..tapi persoalkan kenapa kita tidak mencari dengan sepenuh kudrat?..hanya mahu,tidak cukup..segalanya perlukan usaha...bercakap tentang usaha,Allah memberi kita akal yang sihat untuk mengatur jalan mana kita perlu lalui..usaha yang bagaimana kita harus gunakan...kita tidak boleh gunakan usaha yang sebenarnya memberi kepuasan untuk jangka masa yang pendek,malah sedetik cuma...beri peluang dan masa untuk akal berfikir mencari dan memberi arahan kepada jentera jasad untuk menyelesaikan tugas selanjutnya,seterusnya biarkan Allah yang lakukan selebihnya...


Tetapi, jika berlaku sebaliknya,hancurnya musnahlah keinginan itu...mungkin dapat,tapi tidak seperti yang kita harapkan.....fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

(mode : merasakan penyesalan diri mengapa tidak beri peluang kepada akal untuk berfikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan...semoga Allah memberi jalan keluar untuk menyelesaikan permasalahan....INSYA-ALLAH)

No comments:

Post a Comment